Tuesday, June 14, 2011

"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam ilmu yang diwariskan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika begitu kamu akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke penempatan Darul Islah. Di sana kedatangan kamu di alu-alukan. Pergilah kamu. Kami membuang kamu."

Kemudian buat isyarat mengambil sesuatu dari badan dan buang.

Kesan-kesan selepas membuat pengumuman ini ialah,

1) Jin saka akan keluar dan pergi ke Darul Islah. Atau
2) Mereka akan keluar dan pulang ke alam mereka atau tempat lain. Atau
3) Mereka akan keluar dan mencari waris yang lain untuk dihuni. Atau
4) Mereka masih lagi menghuni dan mengganggu pesakit.

Sekiranya keadaan 4 berlaku, dapatkan rawatan dari perawat Islam. Kebiasaannya rawatan akan jadi mudah selepas membuat pengumuman. INSYA ALLAH PESAKIT AKAN SEMBUH


DENGAN IZIN ALLAH S.W.T

Monday, June 13, 2011

RAWATAN DARI GANGGUAN SYAITAN


POSTS TAGGED ‘AYAT PENDINDING’

BACAAN AMALAN PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Muslimin Muslimat
Maklumat ini salah satu dari pelbagaian kegunaan untuk urusan harian .
Wallahuallam.

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut:
  1. Al-Muawwizat
  2. Ayatul Kursi
  3. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
  4. Ayat Berkubu
  5. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

Bacaan Al-Muawwizat iaitu;
  1. Surah Al-Ikhlas
  2. Surah Al-Falaq
  3. Surah An-Naas

CARA PERLAKSANAAN

  1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.
  2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa.
  3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah).
  4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
  5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.

2.0 AYATUL KURSI

BACAAN
Terjemahan;
  1. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya)
  2. Tidak mengantuk dan tidak tidur
  3. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi
  4. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya
  5. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka
  6. Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya
  7. Kursi Allah meliputi langit dan bumi
  8. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya
  9. Dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA PERLAKSANAAN

  1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
  2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
  3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN
Terjemahan;
  1. Yaa Siin.
  2. Demi Al Qur’an yang penuh hikmah,
  3. sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,
  4. (yang berada) di atas jalan yang lurus,
  5. (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
  6. agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.
  7. Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman.
  8. Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah.
  9. Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA PERLAKSANAAN

    Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda.
  1. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN
Terjemahan:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad Rasulullah.

CARA PERLAKSANAAN

  1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara.
  4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas.
  5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK

BACAAN
Terjemahan:
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA PERLAKSANAAN

  1. Bila hendak pergi ke sesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
  2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Sunday, June 12, 2011

KELEBIHAN JUMAAT

ASSALAMUALAIKUM. Apa khabar hari anda? Apa cerita Jumaat anda?  Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.
Jadi, apa pun yang anda buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri anda sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadikanlah Jumaat untuk anda lebih berjaya.
Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus.
Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga anda di luar sana memperoleh manfaat, saya yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.
Jadi 6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang! 
1Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
 TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…

Friday, June 10, 2011

RAHSIA & KELEBIHAN KAYU KOKKA

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu batu rahsia. Allah SWT  memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semula jadi yang bermanfaat.
    Sepertimana kita sedia maklum,platinum,emas dan perak merupakan  antara bahan logam yang paling berharga.Platinum merupakan logam yang paling mahal dan antara kelebihan yang ada padanya adalah kemampuan menyingkirkan haba. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam yang bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras dan ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam ,besi berani atau magnet adalah logam yang paling aneh dan unik.
Di dalam kategori kayu pula,kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia.Terdapat juga pelbagai jenis akardan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit.Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas.

Thursday, June 9, 2011

TERIMA KASIH KEPADA FOLLOWER BLOG SAYA.TUJUAN BLOG INI DI TUBUHKAN UNTUK MENYURUH KEMBALI KE JALAN YANG BENAR.
WALLAHU A'LAM MAKSUDNYA IALAH HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU
SEMOGA TUAN,PUAN,DATUK DAN DATIN SEMUA DI RAHMATI ALLAH.
PESANAN SAYA HANYA  1 SAHAJA
INGAT ALLAH BANYAK2
KALAU KITA INGAT ALLAH, ALLAH AKAN INGAT KITA BALIK
PERCAYA LAH


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH SEMOGA ALLAH MERAHMATI KEPADA SEMUA YANG MENJADI FOLLOWER BLOG SAYA 
SEKIAN SAHAJA TERIMA KASIH


FROM: MUHAMMAD AZRI SYAZWAN BIN ROSLI
BERASAL DARI PASIR PUTIH KELANTAN,MALAYSIA
MENETAP DI MELAKA
UMUR: 18 TAHUN


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI  WABARAKATUH
  
Hari Jumaat ialah penghulu bagi segala hari dan hari jumaat juga seluruh amalan di bawa naik oleh malaikat untuk di hantar kepada Allah. Kalau korang x takut Allah sekarang tunggu lah azab Allah kelak.Itu lah janji Allah kepada hamba-hambanya.

AMMA BA'DU
Bahawa Allah telah berfirman dalam surah al-ahzab 
yang akan membawa segala kemusnahan di dunia 
tiada siapa yang kekal kecuali Allah. Sebab Allah ialah raja bagi manusia jangan lah kita mencari kemurkaan Allah.

Allah telah menunggu masa sahaja dari sekarang untuk memanggil semua hamba-hambanya untuk mendapatkan azab dari Allah dan syafaat-Nya 
    


http://www.youtube.com/watch?v=PmwHT5470uw&feature=related

MELAKA WONDERLAND THEME PARK & RESORT

Melaka Wonderland Theme Park & Resort is the region's newest water theme park and resort located in Ayer Keroh Melaka, one of Malaysia's most popular destinations. Melaka Wonderland is a complete water park experience for everyone-families,kids,teens and thrillseekers alike. From high-speed water slides to tranquil greenery, the Melaka Wonderland Theme Park& Resort would excite any visitor. This unique water theme park features 16 attractions,namely Tornado Chaser (1st in Malaysia),Lazy & Crazy river,1 Big Wave pool,Adventure  Island and is surrounded by 360hectares of natural recreational forest. Melaka Wonderland's exclusive attractions promise unlimited fun,taking every visitor on a thrilling ride and breathtaking view of a natural forest.


Other attractions are the Off Road Buggy Ride,which promise a bumpy yet adventurous ride in Melaka Wonderland, Water Ball,hich gives a feel of walking and playing ON the water,and the inflatable games. Many more exciting outdoor activities are coming up to make your day in Melaka Wonderland full of wondrs and excitement.


WEEKDAYS
(Tuesday to Fridays)
11:00am-7:00pm

WEEKENDS
(Saturdays,Sundays,Public&School Holidays)
9:00am-7:00pm
MALAIKAT TELAH MERAKAM SEMUA PERBUATAN MANUSIA,DI DUNIA DAPAT KITA BOHONG,MALAH DI AKHIRAT X DER SESIAPA LEH BOHONG ANTARA SATU SAMA LAIN.Sebab malaikat ada pita rakaman apa yang kita lakukan di dunia


Imam Bukhari meriwayatkan bahawa malaikat israfil tengah menunggu masa dan arahan dari Allah supaya meniup sangkakala untuk menghancurkan,menghidupkan dan mematikan dengan perintah Allah. Sesiapa yang telah meninggal dunia maka telah terjadinya kiamat pada orang yang meninggal itu.
 
Yakjuj dan Makjuj akan keluar selepas keluarnya dajjal,turunnya Nabi Isa dan keluarnya Imam Mahdi
tujuan dajjal keluar dengan yakjuj makjuj ialah untuk menerima balasan dan azab dari Allah.
jangan percaya dengan fitnah dajjal
apabila hari kiamat berlaku dajjal akan keluar berserta kuncu-kuncunya untuk ke padang mahsyar
dan pada waktu itu dajjal akan mengaku sebagai tuhan.

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH,DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
syurga yang dijanjikan oleh dajjal ialah neraka dan neraka yang dijanjikan oleh dajjal ialah neraka jahannam
dan makanan yang dijanjikan oleh dajjal ialah dari neraka
 dan Allah melarang dajjal supaya jangan sesekali mendekati orang mukmin yang taat akan perintah Allah
SLIDESHOW ITU MENUNJUKKAN BAHAWA HEBATNYA CIPTAAN ALLAH S.W.T
Takutkah kamu kepada Allah. Allah hendak mendekati kita,tetapi kita menjauhkan diri dari Allah. Maksud menjauhkan diri bukan nya bersembunyi atau menyorok. Maksud dalam ayat ini ialah orang yang mempunyai hati kotor. Saudara takutkah kamu kepada Allah.Jangan sampai Allah menurunkan azab kepada hambanya baru nak bertaubat
 HARTA,PANGKAT DAN DARJAT TIDAK BOLEH DI BAWA MATI,YANG BOLEH BAWA MATI IALAH AMALAN BAIK DAN BURUK
Orang yang banyak amalan baik maka dapat melepasi benteng syaitan dan kuncu-kuncunya,manakala orang yang banyak amalan buruk,kawan-kawannya ialah syaitan. Kawan-kawan syaitan dan kuncu-kuncunya akan di humban ke dalam neraka jahannam oleh Allah.
   Ingatlah di dunia dapat terlepas dari hukuman tetapi di akhirat NOCHANCE  iaitu x der peluang untuk terlepas atau melarikan diri dari azab Allah ingatlah tuhan  sebelum terlambat sedarlah diri buat lah amal sebelum mati.
                  INGATLAH WAHAI INSANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN 
tanpa ilmu manusia buta,tanpa iman manusia sengsara

Wednesday, June 8, 2011

Dream maksudnya mimpi. persoalannya adakah kamu hendak berjumpa Allah di akhirat kelak?
jawapannya: Ya, 
kalau nak berjumpa Allah kamu mestilah ikut perintahnya dan tinggalkan larangannya


Ingatlah wahai manusia sekalian siapakah pencipta langit dan bumi
Nabi Ibrahim mula-mula pun x kenal tuhannya
apabila ditanya siapakah tuhanmu maka dia menjawab tuhanku adalah bintang,bulan matahari
dan last sekali tuhanku adalah Allah S.W.T

MISTERI SEBENAR YAKJUJ MAKJUJ DAN KISAH NYA

Yakjuj dan Makjuj satu kajian

Posted on April 10, 2008
Filed Under ilmu |


Saya teruskan artikel mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj, iaitu satu kaum
ganas yang akan terus menjadi misteri kepada umat manusia di atas muka
bumi ini hinggalah sampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu
secara tepat bilakah kiamat akan terjadi tapi tanda-tanda kecil sudah
banyak. Kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman adalah salah
satu dari 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya Zulkarnain pun
merupakan satu misteri, siapakah dia sebenarnya dan di manakah tembok
yang telah dibina oleh baginda masih tidak mendapat jawapan yang jelas.
Kitab suci Al-Qur’an memberitakan semua ini agar umat Islam mengkaji
selanjutnya, itu kehendak Allah. Ia adalah keadaan yang lebih baik
berbanding “spoon-feeding” kerana ia akan menghidupkan minda dan
memajukan pemikiran. Dan kejadian-kejadian terserempaknya manusia di
atas muka bumi ini dengan UFO dan alien menyebabkan kita ingin tahu
lebih lanjut adakah ianya ada kaitan langsung dengan kaum Yakjuj dan
Makjuj dan adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas ke atas
muka bumi?

Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj? Dari sumber Al-Qur’an dan Hadis,
ternyata bahawa mereka ini adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka
adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh
a.s. Umur mereka panjang-panjang dan berkembang biak mengatasi bilangan
manusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung
atau terpenjara di bawah bumi di planet bumi ini sendiri, dan di bawah
bumi terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan
semata-mata bersaiz gua).
Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? Dalam
Fathul-Bari terdapat berbagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum
ini, dan ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu (1) Sebahagiannya
punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki (2)
Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta (3)
Sebahagiannya akan jadikan sebelah dari telinganya sebagai hamparan
untuk tidur sementara telinga sebelah lagi sebagai selimut. Ada juga
riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggi
ialah tiga hasta. Tapi kesemua riwayat-riwayat itu dianggap lemah dan
tidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh
Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan
Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh
manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini punya muka
yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan dan muka mereka
adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).


Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Dari sumber-sumber
hadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat ramai dan jauh lebih ramai
berbanding manusia yang berada di atas muka bumi. Menurut riwayat
Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah
telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah
Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah
manusia biasa (yang di atas muka bumi)”. Ini bermakna jika seluruh umat
manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah
sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagi
mereka mendiami bawah bumi yang “sempit”? Saya berpendapat bahawa
sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di
bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas)
mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh
ditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum Yakjuj
Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”. Sekadar menambah
pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu
berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3
inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke
dalam laut pada satu hari nanti.
Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain
zaman berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam
jangkamasa yang singkat? Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini
berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan tembok itu dengan
mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj Makjuj keluar semula
ke permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a.
meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali
atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat
bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka
pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tapi Allah
telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan
mereka terpaksa menggalinya sedari mula. Proses ini berterusan hari
demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila
Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu
mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada
esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka
telah tinggalkan hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya itulah
mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).
Mengenai hadis di atas Ibn Arabi berpendapat bahawa sebenarnya Allah
masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka mereka masih boleh
bekerja memecah tembok di waktu malam dengan bergilir kerana mereka
ramai. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj ini
mempunyai teknologi (punya banyak jenis peralatan), dan mereka boleh
dengan mudah gunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi
menyatakan bahawa perkataan “InsyaAllah” tidak pernah mereka ucapkan,
hinggalah sampai pada saat bila mana Allah menghendaki mereka keluar,
maka mereka akan mengucapkannya.
Untuk rujukan, berikut petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Abu
Hurayrah (may Allah be pleased with him) reports that the Prophet
(peace and blessings be upon him) said: â€Å“Every day, Gog and Magog try
to dig a way out through the barrier. When they begin to see sunlight
through it, the one who is in charge of them says, ‘Go back; you can
carry on digging tomorrow,̢۪ and when they come back, the barrier
becomes stronger than it was before. This will continue until their
time comes and Allah wishes to send them forth. They will dig until
they begin to see sunlight, then the one who is in charge of them will
say, ‘Go back; you can carry on digging tomorrow, Insha’Allah.’ In this
case, he will make an exception by saying Insha̢۪Allah, thus relating
the matter to the Will of Allah. They will return on the following day,
and find the hole exactly as they left it. They will carry on digging
and come out against the people. They will drink all the water, and
find the hole exactly as they left it, and the people will entrench
themselves in their fortresses. Gog and Magog will fire their arrows
into the sky, and they will fall back to earth with something like
blood on them. Gog and Magog will say, ‘We have defeated the people of
earth, and overcome the people of Heaven.̢۪ Then Allah will send a kind
of worm in the napes of their necks, and they will be killed by it…
‘By Him in Whose Hand the soul of Muhammad is, the beasts of the earth
will become fat.’” (Reported by At-Tirmidhi, Ibn Majah, and Ahmad)
Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya pernah menyatakan mengenai kaum
Yakjuj dan Makjuj. Menurut beliau, Yakjuj dan Makjuj bukanlah haiwan
atau spesis lain tapi berasal dari keturunan Adam a.s. Yakjuj dan
Makjuj adalah dari keturunan Yafits, iaitu salah seorang dari tiga anak
lelaki Nuh a.s. Keturunan Yafits ini berkembang biak melewati masa
sehinggalah Zulkarnain membina tembok yang menghalang mereka keluar
dari lokasi mereka.

“Selain dari berita Yakjuj dan Makjuj dalam Al-Qur’an, terdapat banyak
hadis yang kuat membicarakan mengenai kaum ini. Namun ulama berbeza
pendapat mengenai ciri-ciri kaum ini. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,
ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah bermuka bulat dan kulit kekuningan
seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. Ada pendapat lain
menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar dan
Monggol, dan lokasi tahanan mereka adalah di kawasan pergunungan
Caucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan
Makjuj terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia
manusia oleh Allah dengan tembok yang dibina oleh Zulkarnain.
“Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuk
tembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali
meneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Bila
hampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj Makjuj
bebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10
tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematian
Dajal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akan
mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj dan
Makjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa
yang mampu menewaskan mereka.
“Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di
pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian
baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan
Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka
hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk,
Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan
mayat-mayat itu daripada muka bumi.
“Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj berasal
dan di kurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran Ayat 90 Surah
Al-Kahfi yang menyebut bahawa Zulkarnain sampai “di tempat terbit
matahari” iaitu timur dunia.
“Ketika kemunculan semula, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan menuju
ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga
kering. Kaum ini juga dikatakan memiliki zuriat yang ramai dan mereka
ini tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat (umur mereka
panjang sebagaimana umur anak Adam sebelum taufan Nuh a.s.). Kaum
Yakjuj dan Makjuj ini hebat, tiada siapa yang mampu menewaskan mereka,
dan mereka hanya binasa dengan kekuasaan Allah.
“Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada menyatakan kebimbangan baginda
kerana pada zaman baginda, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah
berjaya menebuk benteng Zulkarnain menjadi sebesar bulatan ibu jari dan
jari telunjuk. (Saya salinkan di sini petikan hadis dalam bahasa
Inggeris: Zainab-b-Zahash says: “Once the Prophet Peace and blessings
be upon him awoke from such a sleep that his face was red and these
words were on his tongue, “There is none worthy of worship but Allah.
Destruction is upon the Arabs on account of that evil which has come
close to them. Today a hole as big as this has opened in the wall of
Yajuj and Ma’juj. (The Prophet Peace and blessings be upon him
indicated the size of the hole with his finger and thumb)”
(Bukhari/Muslim) In the lengthy Hadith of Nawwas-b-Saman it has been
mentioned, “And Allah will send Yajuj and Ma’juj and they will come
from every lofty place.” (Muslim)
Begitulah hasil temubual seorang pemberita, Nasron Sira Rahim dengan
Dr. Fauzi Deraman. Saya pula telah mencatat semula isi kenyataan beliau
menggunakan gaya bahasa saya sendiri, di mana perlu, tanpa menjejaskan
fakta-faktanya yang asal. Saya harap petikan kenyataan dari Dr. Fauzi
ini dapat anda renungkan dan kaitkanlah dengan artikel-artikel yang
telah saya catat sebelum ini.
Kewujudan kaum Yakjuj dan Makjuj ini bukan hanya diberitakan dalam
Al-Qur’an, tapi juga dalam kitab-kitab terdahulu iaitu Taurat dan
Injil. Orang-orang Yahudi menyebut sebagai Gog dan Magog. Mereka
percaya bahawa Gog (Yakjuj) adalah nama satu kaum yang berasal dari
anak-cucu Yafits bin Nuh a.s. tapi mereka berpendapat bahawa Magog
adalah nama bagi sebuah tempat atau kawasan. Kaum Nasrani pula
berpendapat bahawa Gog dan Magog adalah nama bagi kaum. Kedua-dua agama
ini juga percaya bahawa kaum Gog dan Magog ini adalah ganas lagi jahat
serta membuat kerosakan di muka bumi. Al-Qur’an telah memberitakan
secara jelas mengenai hal ini, pertamanya ialah bahawa mereka ini
adalah kaum dan bukannya tempat, kedua ialah kisah pembinaan tembok
pemisah oleh Zulkarnain, dan ketiganya ialah hakikat mereka ini akan
muncul semula ke muka bumi bila kiamat sudah hampir.
Di manakah letaknya tembok yang dibina oleh Zulkarnain? Ada pendapat
yang menyatakan bahawa ianya terletak di Derbent di Asia Tengah, iaitu
di Daerah Hissar, kira-kira 120 batu di tenggara Bukhara. Kawasan itu
amat sempit, dengan batu-batu seperti dinding, dan ia berada di laluan
utama antara Turkestan dan India. (latitude 38 degrees N; longitude 67
degrees E). Pada masa sekarang ianya dikenali dengan nama
Turkish-Buzghol Khana (rumah kambing), tapi di masa silam ia dikenali
sebagai Tembok Besi (Babul Hadid dalam bahasa Arab, Dar-i-ahani dalam
bahasa Parsi dan Tie-men-kuan dalam bahasa China). Pada masa kini
tembok besi itu sudah tiada lagi, tapi ianya masih ada pada kurun ke
17, bila seorang pengembara China bernama Hiouen Tsiang nampak tembok
itu dalam pengembaraannya ke India. Beliau nampak pintu gerbang dibuat
dari besi dan padanya ada tergantung loceng. Berhampirannya ada sebuah
tasik yang bernama Iskandar Kul, yang mungkin ada kaitan dengan
Iskandar Zulkarnain. Al-Maqdis, seorang pengembara bangsa Arab dan
pakar geografi, telah menulis sekitar 375 Hijrah (985-986 Masehi)
bahawa Khalifah Abbasiyah bernama Al-Wathiq (842-846 Masehi) telah
menghantar satu misi ke Asia Tengah untuk melaporkan mengenai Tembok
Besi ini. Mereka telah menemukan puing (defile) selebar 150 ela, di
atas dua tiang pintu (jambs) yang dibuat dari kepingan-kepingan besi
yang telah dipeteri menggunakan timah cair, dan di sana terdapat dua
pintu gerbang besar yang tertutup rapat. (Saya sendiri berpendapat
bahawa tembok Zulkarnain bukan di Bukhara).

Ada pendapat yang meneliti dengan lebih terperinci. Sheikh
Hifzur-Rahman dalam “Stories of the Qur’an” telah menuliskan bahawa
“Yakjuj Makjuj melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di kawasan
yang luas, dan kerana gangguan mereka ini, banyak tembok dan dinding
telah dibina di zaman dan tempat yang berlainan oleh raja-raja zaman
silam. Ada empat yang paling terkenal:
1) Tembok Besar China, dibina oleh Raja China 3,460 tahun selepas Nabi Adam a.s.
2) Tembok di Asia Tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh, di tempat bernama Derbent.
3) Tembok di Degistan Rusia, juga dikenali sebagai Derbent berhampiran Laut Caspia.
4) Tembok yang berada di bahagian barat Derbent di Degistan Rusia itu, iaitu di kawasan Caucasus.
Beliau berpendapat oleh kerana tembok-tembok di atas dibina untuk
tujuan yang sama (melindungi rakyat dari gangguan kaum yang ganas) maka
amatlah sukar untuk menentukan secara tepat di manakah sebenarnya
tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Tiada siapa yang berpendapat Tembok
Besar China dibina oleh Zulkarnain kerana ianya berada di bahagian
timur sedangkan Al-Qur’an memberitakan bahawa tembok Zulkarnain berada
di arah utara. Pakar-pakar sejarah seperti Masoodi, Istakhri dan Hamawi
berpendapat bahawa tembok Zulkarnain ialah sama ada di Degistan atau di
Caucasus. Seorang pakar ilmu hadis, iaitu Allama Anwar Shah Kashmiri
dalam bukunya Aqeeda-tul-Islam berpendapat bahawa tembok Zulkarnain
berada di kawasan Caucasus. Allama Aloosi pula berpendapat bahawa
kedudukan tembok Zulkarnain tidak dapat diketahui secara tepat, dan
besar kemungkinan ia sebenarnya berada jauh di sebalik gunung-ganang
yang dipisahkan oleh laut yang luas.
Kesimpulannya. Setelah membaca berbagai sumber hadis dan pendapat ulama
di atas tadi, semakin jelaslah pada kita semua bahawa kaum Yakjuj dan
Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh
a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu 9 kali lebih
ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi. Umur mereka pun
panjang-panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelum
mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan
seluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Namun mereka
akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun
mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologi
canggih), mereka tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain menggunakan
segala kepakaran dan teknologi yang ada selagi Allah tidak mengizinkan.
Saya telah catat dalam artikel sebelum ini mengenai kemajuan teknologi
kaum-kaum sebelum terjadinya taufan Nuh a.s., dan hakikat bahawa mereka
itu, termasuk Nuh a.s. sendiri berumur panjang, sekitar 1,000 tahun.
Ada sarjana berpendapat bahawa jumlah mereka pada ketika itu ialah 10
bilion orang, tapi kesemua mereka telah pupus ditenggelami banjir
besar. Manusia yang terselamat hanyalah yang beriman, yang menaiki
bahtera bersama Nuh a.s. Ada kemungkinan bahawa antara yang terselamat
ini telah mewarisi beberapa teknologi maju kaum yang telah pupus
tersebut, dan sempat mengajarkan teknologi tersebut kepada anak-cucu
mereka. Termasuklah juga kepada Yafits iaitu bapa kepada Yakjuj (Gog)
iaitu datuk-nenek kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Artifak-artifak pesawat
terbang silam yang telah ditemui oleh para pengkaji serata dunia,
ditambah lagi oleh catatan-catatan dalam kitab-kitab kuno India dan
China membuatkan kita dapat menerima hakikat bahawa di zaman silam
sudah wujud teknologi yang amat maju, dan sebahagiannya, kalau tidak
kesemuanya, tentu telah diwarisi oleh kaum Yakjuj dan Makjuj yang ramai
ini.

Saya berpendapat bahawa kekuatan dan kehebatan kaum Yakjuj dan Makjuj
ini adalah bersebab dari teknologi canggih yang ada pada mereka. Mereka
mungkin punya senjata pemusnah yang hebat (sebagaimana kesan-kesan
kemusnahan di Mohenjo-Daro dan Harappa - baca artikel sebelum ini) dan
mungkin lebih hebat dari senjata nuklear yang ada pada manusia di bumi
pada masa sekarang, kerana pada ketika mereka keluar nanti, mereka
tidak mampu dikalahkan oleh manusia. Maksudnya pada ketika itu
kemusnahan yang hebat akan berlaku, dan ramai manusia di muka bumi akan
mati. Manusia boleh terselamat jika mereka melarikan diri ke
gunung-ganang menjauhi kaum ini.
Maka setelah membaca sumber-sumber hadis dan pendapat ulama di atas
tadi, adakah anda masih anggap bahawa UFO dan alien berasal dari
angkasa lepas? Atau, adakah anda anggap UFO itu adalah kenderaan kaum
Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah kaum Yakjuj dan Makjuj? Saya
sendiri berpendapat bahawa UFO dan alien bukan datang dari angkasa
lepas. Ia berasal dari planet bumi ini sendiri. Sama ada UFO itu
kenderaan Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah Yakjuj dan Makjuj
belumlah dapat disahkan oleh mana-mana manusia di atas muka bumi ini.
Ini menyedarkan kita bahawa ada banyak lagi misteri yang masih tidak
dapat dibongkar oleh manusia, walaupun manusia kini menganggap mereka
sudah serba canggih. Maka kalau alien itu tidak ada kaitan langsung
dengan Yakjuj dan Makjuj, apakah sebenarnya alien itu dan siapakah
sebenarnya yang mencipta UFO yang berbagai bentuk itu?
Saya berpendapat bahawa sepatutnya umat Islam mengkaji dan menemukan
fakta-fakta berkaitan ini mendahului apa yang terdaya dicapai oleh
Barat dan agama-agama lain. Ini kerana pada kita ada Al-Qur’an, kitab
terakhir dan teragung (The Final Revelation) yang mana ayat-ayat
mukjizatnya telah memecahkan persoalan kitab-kitab terdahulu darinya
(terutamanya Taurat dan Injil) dan memberikan penjelasan. Kita patut
bangkit semula menjadi umat yang menggunakan akal fikiran, bukan hanya
punya akal fikiran. Mengenai persoalan Yakjuj dan Makjuj, masa akan
menentukan jawapannya, jawapannya mungkin diperolehi tidak lama lagi,
mungkin juga kita tidak sempat menyaksikannya. Tapi yang pasti ialah
bahawa janji Allah itu benar dan pasti akan terjadi.
Semoga siri artikel mengenai Yakjuj dan Makjuj ini dapat menimbulkan
keinsafan dan mendorong diri setiap Muslim untuk berjuang memertabatkan
ilmu ke tahap yang diajarkan oleh Allah dan ke jalan yang diredhaiNya.
InsyaAllah.
Wallahua’lam.
sumber : ibnuyusof megasutera
  •   

Comments

9 Responses to “Yakjuj dan Makjuj satu kajian”
  1. hanzahar on December 16th, 2008 11:17 pm
    waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
  2. Ven Fahim on January 12th, 2009 9:47 pm
    pada pendapat saya bukankan orang zaman nabi nuh a.s semuanya berbadan besar dan lagi besar drpd orang America(askar America)? hm….Wallahualam bi shawab
    Ven Fahim’s last blog post..so whose the real terrorist now?
  3. Ang. on April 11th, 2009 7:25 pm
    Ada saya rujuk di artikel lain, banyak jenis kaum yang ada sebelum kejadian banjir zaman Nabi Nuh a.s dahulu, kaum yang bersayap, yang boleh terbang, berbadan besar(giant) dan sebagainya. Dan ada juga, ulama yg mengatakan, yakjud & makjud bukanlah alien kerana yakjud&makjud tidak boleh keluar dari kurungan, UFO dan kapal angkasa tu hanyalah mainan JIN,kerana JIN boleh bertukar menjadi apa2 bentuk pun, dan boleh terbang kelajuan angin. Itu saya pernah tengok di TV, saya dah lupa rancangan apa. Harap sedikit sebanyak dapat menolong.
  4. bono on July 13th, 2009 9:10 pm
    “…Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97
    Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Ini bermaksud tiada yang mampu menebuk tembok kecuali apabila Allah swt melepaskan Ya’juj & Ma’juj. Sebaliknya dan di dalam satu hadis, Nabi bangkit dari tidur [dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi], lalu berkata, “Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Ya’juj dan Ma’juj telah menembusi tembok seluas ini.” Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.
    Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok menjadi berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tiada siapa di dalam seluruh alam ini dapat “menebuk” tembok itu kecuali setelah Allah swt sendiri melepaskan Ya’juj dan Ma’juj. Oleh itu fakta ini bermaksud Ya’juj & Ma’juj telah dilepaskan semasa Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah.
    bono’s last blog post..Tembok Ya’juj & Ma’juj terbuka?
  5. man on August 12th, 2009 7:04 am
    Saya berpendapat UFO dan Alien bukanlah dari kaum Yakjuj Makjuj. Tuan sediri memaklumkan di dalam artikel bahawa kaum itu belum lagi menembusi dinding untuk ke bumi manakan bisa iakeluar dan ini menghapuskan teori apakah sebenarnya alien itu dan siapakah sebenarnya yang mencipta UFO yang berbagai bentuk itu.
    Semua yang berlaku adalah atas kehendakNYA. Tiada yang dapat menghalangnya. Bersama-sama kita pertingkatkan iman kita
    Wasalam
  6. are_rol on August 15th, 2009 12:17 pm
    hmm..
    sy ada gak terbaca cter psl yakjuj dan kakjuj nie dlm buku psl 3 tokoh yg bakal memerintah bumi.,.,.
    terkejut gak pada mula sy baca buku nie.,.,
    tp nk x nk kite kne gak percaya dan jdkan iktibar bahawa kiamat dh dekat sgt2.,
    kter kne beribadah sebelum matahari terbit arah bertentangan.,.,
    pikirkn lh???????
  7. are_rol on August 15th, 2009 12:21 pm
    salah taip plak,.tp phm2 sendri lah,.,.
    sembahyang sebelum disembahyangkn.,
    sy nak ucapkn takziah kpd keluarga arwahyarham ustaz asri di atas pemergian beliau.,.
    AL FATIHAH,..
  8. nur on November 26th, 2009 6:47 am
    tok guru saya kata Zulkarnain tu ialah nabi.
  9. Ieym on December 27th, 2009 5:06 pm
    Petikan dr buku Sheikh imran n hosein, yakjuj berasal dr bangsa amerika manakala makjuj berasal dr bangsa russia. di dlm al Quran kaum yahudi dinyatakan dgn jelas sebagai yahudi manakala yakjuj makjuj pula agak samar2.
    Klu nk tahu lebih lanjut download dan baca ebook ini >>