Tuesday, June 14, 2011

"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam ilmu yang diwariskan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika begitu kamu akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke penempatan Darul Islah. Di sana kedatangan kamu di alu-alukan. Pergilah kamu. Kami membuang kamu."

Kemudian buat isyarat mengambil sesuatu dari badan dan buang.

Kesan-kesan selepas membuat pengumuman ini ialah,

1) Jin saka akan keluar dan pergi ke Darul Islah. Atau
2) Mereka akan keluar dan pulang ke alam mereka atau tempat lain. Atau
3) Mereka akan keluar dan mencari waris yang lain untuk dihuni. Atau
4) Mereka masih lagi menghuni dan mengganggu pesakit.

Sekiranya keadaan 4 berlaku, dapatkan rawatan dari perawat Islam. Kebiasaannya rawatan akan jadi mudah selepas membuat pengumuman. INSYA ALLAH PESAKIT AKAN SEMBUH


DENGAN IZIN ALLAH S.W.T

No comments:

Post a Comment